Wednesday, March 5, 2014

SEMINAR PEDAGOGI BAHASA MELAYU 2014
IPG KAMPUS KENINGAU

ANJURAN 

JABATAN PENGAJIAN MELAYU 
&
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN SABAH

dengan kerjasama
PISMP GSTT BAHASA MELAYU (KUMP.2) SEMESTER 2/2014

Ketibaan Puan Pengarah

Gimik Majlis Perasmian

Sebahagian Peserta Seminar (Guru-Guru Sekolah Rendah)

Dr. Jeyagobi a/l Dhamodarem (Pemakalah)
Pensyarah IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi

Puan Noemi Linus
Pensyarah IPG Kampus Keningau

En. Stanley Andreas
Guru Sekolah Rendah

Sesi Soal Jawab (Guru dari Semporna)

Pensyarah JPM bersama para peserta seminar

Ahli Jawatankuasa Kerja Program (PISMP GSTT BAHASA MELAYU 2)




Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Harapku belum terlewat untuk ku rafakkan setinggi-tinggi syukur pada DIA yang Maha Pemberi kurnia. Selesailah sudah tugas yang satunya, menuntut komitmen semata, pengorbanan masa dan tenaga. Buat semua rakan, selaku ahli jawatankuasa kerja, terima kasih untuk setiap titisan keringat dan air mata, zahirnya kelihatan sempurna, namun disebaliknya terselit 1001 kisah buat yang tahu mengambil ibrah. Kata pepatah "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul ". Itulah sebaik ungkapan untuk menggambarkan penat lelah dalam memastikan penganjuran seminar yang julung kalinya diadakan ini berjaya. Alhamdulillah ... Alhamdulillah ... walau tidak sesempurna mana, namun itulah hasil usaha yang tidak kenal erti putus asa. 

       Sekalung apresiasi buat guru pembimbing bagi kursus BMM 3104, merangkap Penyelaras program, terima kasih yang tidak terhingga untuk setiap tunjuk ajar dan bimbingan serta nasihat yang diberikan. Sungguh, pengorbananmu buat diri ini semakin kenal erti hidup, menyedarkan jiwa yang sering sahaja berada di 'zon selesa'.. Benar kata Ustaz Hasrizal Jamil " erti hidup itu pada memberi ". Qudwah yang baik untuk dijadikan tauladan. Begitulah sebaiknya seorang guru, sering memberi tanpa mengharapkan sebarang balasan. Bukan pujian, bukan juga sanjungan setinggi langit yang diharapkan, tapi cukuplah bila diri dapat memberi sedikit erti dan manfaat buat orang lain, berkongsi ilmu dan pengalaman untuk memperbaiki diri dan profesion bukan untuk kepentingan peribadi semata, tapi maslahat ummah sebenarnya.

     Buat teman-teman seperjuangan (GSTT BM2), setiap daripada kita punya kisah yang berbeza, ada kelebihan yang ketara, ada kekurangan sebagai penanda. Namun, jangan jadikan perbezaan itu sebagai titik noktah bagi sebuah usaha. Kejayaan itu nilaiannya pada kerjasama dan usaha gigih setiap daripada kita. Akhir kata, buat renungan jiwa-jiwa yang lelah meniti perjalanan yang masih separuh "..bersemangatlah dalam hal-hal yang membawa manfaat bagi dirimu, mintalah pertolongan daripada Allah dan janganlah lemah..". -riwayat Muslim-

Saturday, February 22, 2014

Selamat Datang




SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG 

PISMP GSTT BAHASA MELAYU KUMPULAN 2 

AMBILAN JUN 2013

IPG KAMPUS KENINGAU



 Dari Kiri- Belakang: Mathius, Remee, Dilly, Azam, Dzul, Hazwan.Tengah: Nur Zakirah, Nurul Ain, Ain Sainin, Rinawati, Rosmah Wati, Wardah Syazwani, Safinah, Haizah. Depan: Alini, Masdiah, Fuzhira, Melincy, Suzana, Rainah, Aina.